Monday, 31 August 2015

Edisi Merdeka : 2010, Mengatasi Segala Tohmahan.

Kalau cerita Team Malaysia, Aku rasa semua orang benci.. menyampah, meluat, geli, semualah

aku ni kalau nak cerita sokong Malaysia Dari zaman sekolah rendah dah sokong..
Back then, MSL serupa itu sampah..

aku ingat lagi tahun 04/05 Rtm je lah tempat nak tengok bola.. dah namapun kerajaan.. mmg terbarai habis lah.. camera dia hancur, shot ntah apa2.. pengulas jangan cakap lah.. mmg sakit hati nak dengar..

ingat lagi aku highlight setiap hari rabu dgn khamis..

Johor fa star import nama die Latiff dari singapore . power beb.. singapore kecik je.. tpi kalau produce striker no. 1..

Latiff je lah memanjang skor.. yang lain sume duduk bawah.. itu lah malaysia.. taktikal aduhai kampung alam..

Dzaman piala asia lagi nak nangis tengok.. sampah masyarakat lah team Malaysia.. langsung x de akal..
(nanti merdeka next year aku cerita dari aspek pengalaman aku)

Mmg satu malaysia putus harapan.

Jadi lahirlah seorang coach U23 K. Rajagobal (atau Gopal =Bahasa Malaysia).. 2009 x silap aku sukan sea.. Tv3 punye liputan mmg hampeh.. highlight pakai cam coder bodoh je.. dapat tgk highligt pun ala ciput je.. x sampai 5 min.. berbanding dgn highlight team2 eropah.. best je..

Champion Suka Sea 2009
Thank You Gopal

2010 Jersi Nike


keluar x sampai brapa minggu aku terus sambar..




Against typical Malaysian.


Tahun tu ramai x percaya.. sinis, skeptikal.. yang aku dah overexcited walaupun Malaysia langsung x de sejarah, rekod..(time tu TV3 panggil team Malaysia Skuad YoYo) tapi aku ttp sokong Malaysia..
Cuma tahun ni aku dalam sejarah aku x sokong Malaysia. Pasal aku dari awal x sokong Pemilihan Dollah Salleh, bukan kerana x power.. tpi pengalaman international sikit.. thats why jumpa Thailand kene lauk..)

Gara2 El Raja lah, Malaysia selepas tu bangun dari tido, Mulalah Kebangkitan Ultras Malaya, Pasukan-Pasukan Di MSL, Paling Famous Kelantan Atm lah.. mmg x boleh di nafi kan lagi, tapi kerana sebab inilah bangkit pasukan Johor FA dan bola sepak di Malaysia secara Amnya dan terus maju.

Majulah Oh Malaysiaku.

K. Rajagobal - 2009-2013 | Malaysia Head Coach




Thursday, 5 February 2015

#8 - Safiq Rahim | From Zero To Hero

kalau rewind balik sebelum Safiq Rahim Transferred In ke JDT FC..

Oh sebelum aku terlupa.. ni cerita zaman-zaman sebelum dan selepas Aff 2010 jadi yang tak tahu..
so untunglah korang.. pasal aku tgh rajin tangan nak bercerita..

kepada siapa yang dah tahu.. mungkin korang pun ada side story sendiri.. mungkin korang pun akan pertahankan berberapa fakta.. yang entah korang tahu sahih ataupun tak..



Bile tengok Poster Safiq ni.. nanti macam bro Saf ni confident lebih pulak..
Tapi Realitinya tahun 2015 ni .. Tahun paling Superb untuk beliau & rakan2.. bila mana Jdt Fc berjaya bid dn bawak masuk athlete bola sepak.. haha..
Seperti Jr. Edstal, Kuna, farizal, Chan & young tigers products etc2...

Tapi di sebalik kejayaan sekarang terpalit kesah pahit aku sebagai football luver since 05,
Yes safiq product selangor, main dekat selangor bila contract out, die pun Joined k.l Plus FC,

Sebagai Unsung Wonderkid, die ni x de lah knowledgeable and not a tactician macam Piya, Sukor, Syukor, Badrol & lain2..

Die ni lebih kepada natural CMF. Entah macamana Datuk K. Rajagobal (Gobal) ketika itu scout talent nampak potential die. Dan mula menggilap beliau from Zero to who know?

Malaysia yang  langsung Corrupted hanya mengharapkan Gobal (Coach U23) untuk memenuhi k.p.i yang di tetapkan oleh fifa.

F.a.m Hari dulu x sama dgn hari ini. Harini mungkin ada Harimau Muda, tapi hari semalam hanyalah trial di atas padang yang basah ketika hujan lebat. Akhirnya Safiq berada di Youth List untuk National Team di bwah Coach Sathianathan yang ketika itu masih bingung kerana MSL langsung x berjaya menghasilkan bakat muda.

Mana x nya, format liga sentiasa berubah gara2 nak jaga bontot orang, kata mereka pasukan itu ada sejarah, tak mahu nilai sejarah dan komersial Msl tika itu hilang. di campak2 dana kerana mereka juga ketuanan pasukan itu. Sedih Johor jangan cakap lah.. dengan kes bookie nya, dgn selection yang meragukan dan tiada langsung kesah2 yg positif seolah2 pasukan johor ni x mmpunyai nilai.. dengan Fa dn fc tegang entah x tahu kenapa.. dan tiada kesudahan..

orang lama cakap itu lah politik mereka..


Aku muda dan tak paham, menyokong apa adanya, yang tu rtm keluarkan yang itu lah aku sokong. tapi bila sudah besar, sudah matang, kata orang2 tua, seperti jadi kenyataan.. yang di selatan di politikkan, dilaga2kan, yang di utara di jatuh2kan, di bodoh2kan., kepulauan borneo sperti sampah tak dipandang terbiar tak terjaga.. yang mencabar akan menjadi favorite.. tapi yang pertahankan, pasti dari pasukan2 yang konon gah kerana sejarah tapi pabila di beri peluang pergi jauh.. sorok tangan sorok muka.. seperti sengaja mengalahkan pasukan mereka.. untuk memenuhi kehendak seorang shaja.. bertahun2 lamanya.. seolah2 MSL hanyalah pentas yang berskrip.

Safiq dan berberapa rakan termasuk berberapa yang pernah menyarung jersi Skolah2 bukit jalil terselamat dari kuasa Illuminati F.a.m.. bagi graduan di sekolah lain (hampir semua di selamatkan kemudian oleh TSAM)
jalan paling pintas adalah pulang ke FA dan mengharapkan keajaiban terjadi.

Orang Lama cakap F.a.m Boria lebih..
Tapi sekarang orang lebih progressif dan agressif.. jadi mereka panggil bangsat..


kalau dulu bila cerita bola dgn jari tapi hari ni.. aku bangga semua bangkit.. dan buka mata..

nanti ada masa aku sambung cerita f.am
--------

Safiq kemudian transferred in ke selangor. dan menjalankan latihan intensif bersama gobal dan terus megah di arena Negara, tetapi lain pula ceritanya di liga.. safiq off-form.

Jika sukor adan boleh di babikan oleh penyokongnya inikan pula Safiq yang langsung x form, di kerah dengan permainan outdated dengan permainan longball basic 442.. siapa saja yang boleh berkembang dengan taktikal sebegitu rupa..?. sedangkan kita bercerita tentang taktikal barca, mu, dan lain2. lebih aneh longball datangnya dari CB trus kepada Striker membiar seorang promising wonderkid duk belari tercungap2 mengejar bola muntah..

X cukup dengan taktikal bullsit yang di beri.. pressured yang begitu mendalam.. bagi FA lamanya.. dgan meletakkan beliau freekick taker all the time.. dgn harapan bola mesti masuk dari semua angle.. 

kemudian, di tekan2 di peringkat antarabangsa.. jika Gobal boleh di hina gara2 cuba mempelbagai taktikal beliau.. ni pula safiq yang lebih suka berdiam diri. tak pandai nak bertwitter seperti rakannya razman. 1 sebab yang membuatkan kes ini seperti berlanjutan kerana Badri Razi permain versitile dari kelantan. tidak terpilih ke peringkat antarabangsa..

kempen seperti Anak Emas Gobal, Kroni Gobal, gelaran Chopot dan lain2.. membuatkan gobal terus down dan down gara termakan hinaan penyokong sendiri.. 

Lebih aneh, ketika sebelum aff 2010 penyokong lebih senyap.. dgn tibe2nya berani menyelar coach dan permain2nya.. dan bertambah ajaib media seperti menghalalkannya.. tetapi terus menutup kelemahan kepincangan barisan executive di meja mewah Fam..

Akhirnya Beliau angkat kaki, dan terus ke Johor Dt, Walaupun gaji beliau tiadalah semahal rakan2nya.. tetapi semangat beliau,, dan cara mengasah bakat beliau dgn betul yang di sediakan oleh pihak club barunya.. barulah di umur lewat 27 merasai kewibaan diri nya yang sebenar sebagai general di atas padang,bermain dengan menggunakan akal dari emosi.. 

Siapa yang patut di salahkan hari ini kepada wonderkid2 yang tersisih.. kalau bukan salah kita sendiri tidak memberi kemudahan yang cukup.. sesungguhnya keinginan kita mahu malaysia ke pentas asia..


-----
Hari ini Presiden Pbnj sudah mula merevolusinya.. hanya tunggu hasil yang mendatang.. jangan biarkan wonderkid akan datang hilang lagi.. jika mahu melihat Johor|Malaysia mara lebih ampuh.



Wednesday, 4 February 2015

#14 - Harris Harun | Central Midfielder

Siapa Harris Harun?


# 14 | Harris Harun | 2015

Geram aku tgk pop art dari mat2 england sana..
jadi buat satu.. saje nak tengok lawa ke x?

Full nameHariss s/o Harun
Date of birth19 November 1990 (age 24)[1]
Place of birthSingapore
Height1.78 m (5 ft 10 in)[1]
Playing positionCentral midfielderCentre back

Haris Start Kerjaya nya sebagai permain bola sepak ketika umurnya 16 tahun.(paling termuda) squad young lions. Kemudian dapat trial di La Masia di FC Barcelona bersama 19 org yang lain terpilih..

Kemudian (2010) Beliau di hantar trial ke squad Shanghai Shenghua (China Base).. dan kemudian ke squad lions xii (2011). 2013 Champion Msl, 2014 Transferred in Ke Johor DT Fc dan sekali lagi Champ Msl 2014, Dan kemudian Champ Charity Shield 2015.

Cukup.

2014

Beliau bersama Baihaiki di bawa masuk ke JDT atas cadangan para scouter JFA. Tapi apa yang diorang x tahu pada masa tu.. Format Liga MSL 2014 secara selambanya bertukar kepada 3 orang International Slot + Asia 1 slot. Dimana 3 Player Shj yang boleh di atas padang.( 2013 -2 shj)

Jadi Johor Dt Failed lah nk deliver.. dgn team yang baru re-setup, mmg kesilapan besar bila kuota import di isi dgnnya, 2 player Singapore..kesilapan itu di tanggung sehingga abis 1st round season, which is JDT berada di tangga ke 6.

Bagi yang tegar Johor Dt Shj yg perasan Harris Harun is key factor, Johor DT Champ 2014.
Mana x nya Beliau bermain 4 posisi secara circulation,mau x bingung bila import lain x form..
CMF-AMF-DMF-CB.. sebab apa ?.. sebab miscalculate risk.

Apa Yang Kit Johore Suka tentang Johor Dt. ialah:-
 "Bila Tayar bocor, diorang dh x tampal2 lagi dah.. die beli baru.. "

Jadi dengan moto itu lah Johor Dt terus maju ke depan, dah x pandang belakang lagi dah.

Thank you Harris, kerana membantu Johor Dt ke arah internasional.


Johor FC Alternate Kit 2012

Last Season


Masa JFA nak take-over Johor Fc, time sebenarnya kecoh..  tapi pasal Community Johor Fc Fans, x sampai berberapa ribu, so.. suara diorang kita semua tak dengar.

Dengan tiba2 Pasukan 2011 Johor FA, dalam sejarah boleh tumpang stadium MPPG kerana larkin stadium sedang di baik pulih .. Bagi fanatik JFC ,  telinga masing2dah naik bingit dengan khabar angin yang iya  x iya..

3 Mitos Johor FA

1. Johor Fa Management Pilih Bulu
2. Johor Fa Selection Sedara Mara
3. Johor Fa pentingkan diri sendiri..

Dengan 3 mitos nilah yang buat Fan Johor Fc berpecah dengan Johor Fa.. Masing2ada Beef sesama sendiri. Lebih menyuram Johor Fa sering di kaitkan dengan match fixing.

Prototype 2012 alternate Kit Johor fc

Tengku Mahkota Johor Dan Revolusinya

kronologi Jfc + Jfa = Darul Taazim fc , Secara Ringkas

1. Tunku Ismail Mengambil alih kerusi Sejuk Presiden Johor Fa
2. Johor Fa menghapuskan sistem kronilism
3. Johor Fa berjaya membenteras agen-agen Bookie
4. Hampir semua permain Johor Presiden dan Johor Senior di panggil semula.
(Di sebabkan sistem scouting JFA (ketika itu) sangat lemah, player-player local seperti Faizul Hussein, Yus Zainal Abidin  dan lain2(ketika itu sangat peek & terlepas dari pandangan Johor Fa)

5. JFA gagal  ke liga super gara2 menggunakan hampir semua inexperience local Johorean .
6. PBNJ mengeluarkan statement akan membeli, mengambil dan menguasai seluruh kelab2 di johor di jadi kan 2 kelab sahaja.. 
7. Seluruh kelab yang beraksi di liga Malaysia di arah untuk beraksi di Liga Bolasepak Johor Sahaja
8. Mentri Besar(Bos Jcorp|Bos Jfc) bersetuju dgan terma dan syarat Oleh JFA.
9. Disember 2012 JFA mengeluarkan kenyataan akhbar dengan secara rasminya mengambil alih Johor Fc dan Rebrand kepada Darul Takzim Fc (Johor).
10. Lain boleh cari dekat wiki

--- > Fandi Ahmad adalah seorang jurulatih yang berkebolehan dari segi Modern Coaching & Managing, seorang attacking minded dan pandai bercakap bahasa melayu. Lantas kepercayaan di letak tinggi.

--------------
Adakah strategi Johor Fa menjadi... ?
adakah fan bersatu ?
* bagi yang masih ada kecill hati  tu lagi.. aku harap korang terimalah kenyataan, JFA dah buat sehabis baik  untuk korang semua dan bolasepak Johor.. yes aku pun dulu skeptikal dgn perancangan JFA.. tpi cukuplah dah dapat piala pun..  so dah tiba masanya untuk aku bgi 100% sokongan kepada JFA |JDT FC. Inilah Team aku sekarang. Team Korang Jugak.



Saturday, 31 January 2015

Johor Dt Fc | Juara Piala Sumbangsih 2015

"Game terlalu pantas sehingga kit johore rasa macam x puas pulak.."


Credit BH Online 31/1/2015


Tahniah di ucapkan pasukan Johor Dt, Jelas dengan corak permainan Counter Pressing Jdt Menjadi.. Dengan pelbagai taktikal yang di aplikasi oleh pasukan "star studded" begitu menjadi sehingga pasukan Pahang Tertido di atas padang sehinggalah minit 70. Tetapi Harus di puji pasukan pahang yang tidak mudah mengalah, cuma kali ini Johor Dt sudah membaca taktikal Pahang.

Credit BH Online 31/1/2015

Kerana Jadual Liga Malaysia yang begitu aneh.. diharapkan seluruh permain malaysia boleh fit selepas game ke 2.


Credit BH Online 31/1/2015

Jersi Home Keramat. Terima Kasih Tmj -  31/1/2015
Sedikit Pandangan dari Page yang di anggap natural dan unbiased.

Friday, 30 January 2015

Osman Abdullah | Dalam Kenangan



Semoga rohnya di cucuri rehmat.



Othman Abdullah - 30/1/2015

 Siapa Ni Pak? Ga' kenal


Kit Johore  sebenarnya tgh sebuk duk study logo2 oldskool team Johore Fa.. Once Dah Dapat tahu mcmana sturktur logo Jfa baru lah .. process membuat jersi akan di sambung kembali..

kalau nak tahu kesah2 Othman And friend boleh lah click link ni.. - Cerita Bola Sepak

Sunday, 25 January 2015

Johor 1932 Kit

Salam.

So Thanks kepada Fb Page Setia Johor yang sedikit-sebanyak membantu aku dalam pencarian-pencarian jersi klasik Johor Fa .

Sebenarnya ada je gambar2 jersi yang tersimpan rapi di dalam album2 ex-player johor.
cume aku nak membayangkan seorang uncle or atuk nak upload dalam internet.. damn man.. macam lah diorang pandai pegang komputer.

Jadi korang sebagai generasi baharu, menjadi kewajipan korang untuk republish gambar2 classic johor untuk tatapan generasi akan datang. (bukan re-share gambar orang lain)

Tepat pukul 1 am(minggu lepas).. seorang pemuda( email aku satu link ke satu Account "Hangpc2" yang supply gambar2 team2 lama(obviously Team Selangor).. aku ada jugak contact2 beliau dalam fb tpi.. dingin je..

so kalau Hangpc2 terbaca.. bro saya minta idjin guna property bro.. harap ampun bro..

1932 Pasokan Johor Kit

Techicolor


So aku dgn rajinnya color balik gambar black & white.. separuh jalan dalam proses tu.. aku dah naik boring.. so,  akupun buat asal boleh je..

so dengan lafaz Bismillah, aku share lah gambar ni atas niat untuk tatapan sahaja x lebih dari tu..

1932 classic Johore Team
Jersi Printing ketika zaman itu masih belum wujud, malah di malaysia pekembangan design2 secara serius terhadap jersi sangat perlahan sehingga tahun akhir tahun 2008

jadi secara kesimpulannya jersi ni di jahit mengikut layer by layer.

Mitos 
Ada org cakap ni  Pasukan Melayu Johor, ada pula yang cakap lain.. so aku simpul kan team ni sebagai Johore's 1932 squad. Aku dah cari2 info x jumpa apa pun.. yang aku jumpa hanyalah sekeping gambar dan  tahun sahaja..

Gambar dan Info : Credit Hangpc2.. 

Thanks kepada semua yang menyumbang

"Tak guna gah pada nama, jika kita tidak punya sejarah" - kit Johore

Saturday, 17 January 2015

"Professor" Nasir Yusof.| Harimau Selatan

X perlulah aku rungkaikan kehebatan Nasir Yusof, jika yang mahu tahu lanjut boleh kamu semua baca di blog-blog di luar sana.

Siapakah Harimau Selatan?


Kalau orang tanya apa Maksud Harimau selatan, bagi aku nak jawab "apa" tu.. begitu obselete dan subjective . Tapi kalau orang tanya Siapakah Harimau Selatan. Mungkin jawapan aku ; Salah satu harimau selatan ialah Nasir Yusof.

1991 Alternate Kit

Kalau tanya bapak aku


Siapa, Macamana, Hebat ke, best x dia main, semua berkaitan Nasir yusof kepada Bapak aku.
Jawapan die sentiasa satu, iaitu Xavi Johor, Nasir seorang CMF yang bertindak free role di bahagian defensive dan attacking membuatkan beliau sebagai anchor untuk pasukan Johor.

Beliau kemudian bermain di posisi Amf, Lmf ,Ss sebagai super-subs atau free role player, dengan pengalaman yang beliau ada, maka skills dan teknik beliau berkembang menjadi Creative midfielder, dan dianggap sebagai talisman untuk pasukan Johor Fa.

Di akhir-akhir carriernya, beliau banyak bermain di posisi defensive, sangat menduka citakan, Johor Fa masih tidak mampu mengganti posisi permain lain yang telah berpindah dan bersara, membuat pasukan Johor mula goyah sedikit demi sedikit.

Bukanlah kit johore menunding jari atau ingin mengungkit kisah lampau tetapi lebih kepada pengajaran.

Johor Fa ketika itu merupakan Royal team, tetapi pabila Sultan iskandar tidak memfokuskan kepada bola sepak.. sedikit demi sedikit Johor Fa jatuh dengan S.League ketika itu lebih menarik membuatkan permain import lebih berminat ke sana kerana gap gaji yang lebih menarik.

Johor Fa di timpa tangga pabila kebanyakkan jkid (junior player) mula memilih kelab luar dan rival mereka ketika itu Johor Fc, Lebih teruk lagi dengan tuduhan2 bahawa Johor Fa memilih bulu dan lain-lain melemah kan moral player Johor FA itu sendiri..

Pada hakikatnya, Pengurusan Johor FA masih di peringkat Semi-pro dan tidak mahu bergerak kedepan membuat masalah birokrasi terjadi seperti isu kelambatan kontrak, gaji dan kebajikan player tidak se-class pasukan 100% pro seperti Selangor Fa.

Terima Kasih TMJ dan revolusi Johor FA beliau mampu memberi nafas bahru terhadap Bola Sepak di Arena Selatan.

P/s :Pihak kami  tidak akan mengeluarkan seberang article dan graphic yang sama dengan blog lain.

Johor Fa 1991 Alternate Kit

Johor FA sekali lagi berjaya mencatat satu sejarah penting pada awal 90-an. kenyataan ini membuat ramai penyokong Johor Fa memendam rindu terhadap final, walaupun duka dapat di hilangkan  pada tahun akhir 90-an dengan menjuarai Piala Fa. Tetapi pada hakikatnya Johor Fa terus terjerumus jauh atas berberapa faktor.

Alternate kit 1991 Johor Fa

Kerana Jersi Home dan Away sudah di cetak,regraphic oleh pihak lain. Jadi bagi menghormati mereka, Kit Johore hanya akan publish jersi ini sahaja..




Johor Fa Kit 1989

prototype Johore FA 1989 Away | JFA

Liga Semi-Pro 1989


Johor FA menduduki tempat ke 5 pada akhir musim. Hanya mendapat 7 kemenangan dari 16 perlawanan. 
ketika itu Johor Fa Berada di 2nd wave di mana campur tangan Royal Johor terhadap Pasukan Johor FA. Pada tahun itu, Johor Fa masih mencari formula untuk menjadi tonic.

2 tahun kemudian Johor Fa Berjaya memenangi Piala Malaysia.


Solehan Md. Som | Legasi mu di kenang


Local Heroes


Solehan Md. Som merupakan produk johor, mempunyai mentaliti winning mind-set membuatkan beliau lama di pasukan negeri beliau, sekurang2nya merekodkan 300 caps bersama pasukan Johor, membuatkan beliau di Angkat Oleh Blog Kami Sebagai "All time Classic Player"

Friday, 16 January 2015

Johor FC Kit 1996 Away Red

Adidas Dengan malas nya reproduce design yang sama untuk team sabah 2015.
hrm...

hilang value classic kit nih,,

prototype Johore FA 1996 Away | JFC
Untuk sape yang msih tertanya2 macamana Johor Fc Boleh dapat deal dengan adidas..
Johor Fc 2 Tahun johan berturut2 Liga FAM.

Johor FC Kit 1996

Terima kasih kepada salah seorang pengguna internet yang upload  jersi Johor Fc. Gambar dia jelas dan mudah untuk aku trace balik. 
1996 - Johor Fc di taja oleh adidas... aku tak pasti berapa banyak team yang di sponsor oleh adidas.. tapi mostly design dari adidas mmg kemas dan bergaya.,

prototype Johore FA 1996 Home | JFC

Johor FC Golden Era

"Pada tahun 1988 pasukan PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM. Seterusnya menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996. Bermain dalam Liga Perdana 2 pada tahun 1997 hingga 2001. Menjadi Juara Liga Perdana 2 pada tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana 1 pada tahun 2002 dan 2003."

Kenapa dalam masa x sampai 20 tahun Johor fc boleh di kata kan stabil dan tak turun2 liga..
Ini kerana mereka mencapai kuota sebagai sebuah kelab semi-pro/pro.. berbanding dengan kelab lain.. Johor Fc mendapat akses transfer player dari Ssmti (bandar Penawar) . Dan Jcorp Menyediakan stadium.

Perlu di ingat Pengambilan saham penuh Johor FA terhadap Johor Fc bukanlah mudah seperti yang kita sangka. Johor Fa Perlu menutup seluruh kelab  di johor yang bertanding di Liga Malaysia dahulu dan memerlukan campur tangan sendiri oleh MB Johor ketika itu. Peralihan Kuasa bola sepak Johor Fa terhadap semua kelab yang berada di negeri Johor akhirnya berjaya. Langkah pertama yang di lakukan oleh Johor FA  ialah menukar nama kepada Darul Takzim(13') Johor Darul Taazim(14').

Legasi Johor Fc harus di kenang sebagai inspirasi kelab2 bola sepak di Malaysia. 

P/s: sedia maklum, di dunia luar.. setiap kelab boleh di jual/beli. 

JDT 2015 Away KIt

Bila Launch je Jersy Bulan lepas.. Semua terkedu.. warna putih flat.. dah tu malam semua x clear.. ada yang main beli hari tu. tanpa pikir panjang.. tapi bila selak2 balik baju away ni.. fuh memang terbaik.. mmg berada di kelas yang tersendiri.. lepas tu bila dah tengok player jdt pakai.. lagi lah kagum oleh si pembeli..

yang masih x dapat tengok dekat.. kalau ada pun yg cetak rompak.. meh tengok melalui graphic.. ada selera x?

prototype Johore FA 2015 Home | JDT FC

JDT 2015 Home KIt

Ok tahun lepas aku antara 100 k penyokong Johore yang skeptikal dgn jersy 2014 Home, aku nampak mcm x selesa lah, mcm x lawa lah.. macam2 in the end of season rupe2nya jersy 2014 jersy champs.

So, Johore FA dengan bantuan En.Nike yang pemalas bg satu konsep yakni ada strip dgn color prima. so psychology nampak garang, kuat dan besar.

so tahun ni jdt follow lions, klantan (champs2 terdahulu) yakni menggelapkan colour prima untuk nampak lebih cool, lebih elite dan berpengalaman.

Secara Amnya aku setuju dengan pemelihan color ni. tapi kalau ikut stastistic x banyak team colour biru navy masuk final eufa champions league.

tapi tu color factor dekat europe mungkin senario die lain dekat asia.. contoh kashima reysol kuning flat, champs asia, liga .. guangzhou evergrande merah oren.. champs asia.. so sama2 kita saksikan apa yang akan terjadi nanti..

prototype Johore FA 2015 Home | JDT FC

Aku buat x de la sama sgt tapi lekurang macam ni lah..

peace

Johor Kit 1992

Walaupun sumber yang sangat sedikit berbanding FA/FC & pasukan2 lain. akhirnya aku berjaya siapkan Classic kit Johore yang pertama.

Reference Chedin & gang and bantuan encik google.


Secara Am nya jersi pada tahun itu (1992) sehingga 1997, setelah aku perhatikan secara micro detail. boleh di katakan  kit di malaysia tidak meletakkan logo Bendera/persatuan mereka.

Kenapa? .. x tahu..

Johor Fa yang ketika itu  mewakilkan pasukan Negeri Johor mula merundum kerana ketika inilah waktu prima untuk bookie berkuasa di liga tempatan sehinggalah Tan Sri Ghani Othman (Ex-Mentry Sukan) membawa kepada kes parlimen .

Dan di akhir Dzaman bookie, hampir semua Player2 di malaysia langsung tidak berertika dan tidak maju ke depan. Ini di sebabkan gap gaji yang terlalu tinggi sehingga nisbah 1:10, lantas mengambil jalan mudah.

Johor 1992 di wakili oleh trio import Ervin Boban (Yugoslavia), Abbas Saad (Australia), Alistair Edwards (Australia) dan di ketuai oleh Michael Urukalo (Australia) sebagai jurulatih, hanya mampu mendapat tempat ke 7. Dengan merekodkan 6 kemenangan sahaja dari 18 perlawanan.

Sejarah banyak berkata di sinilah bermula kejatuhan Johor  Fa kerana hampir semua permain berhijrah ke kelab gergasi lain atas tawaran yang lebih besar..




Prototype 1992 Kit Johor
So Aku letak lah flag bagi sedap hati sikit..

Prototype 1992 Kit Johor with Flag


2015

Salam Perkenalan, Blog ini akan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dan mungkin ada sedikit pentafsiran ke english bagi memudahkan pengunjung lain untuk mudah memahaminya

Tujuan aku buat blog ni, adalah kerana satu niat sahaja iaitu cuba menghidupkan kembali gambaran bola sepak johor lampau. Blog ini tidak akan menyiarkan mana2 artikle/graphic yang sudah di cipta atau di cetak kembali bagi menghormati jasa pihak di sana tetapi pihak kit Johore akan menggunakan sumber pihak2 lain sebagai kajian dan rujukan.

Penciptaan blog ini bertujuan untuk memberi info klasik pasukan2 di negeri Johor.

Dengan Ini penciptaan blog ini lebih kepada arkib sahaja.

Segala penggunakan harta interlek tanpa permintaan di dalam Blog ini adalah menduka citakan.