Thursday, 5 February 2015

#8 - Safiq Rahim | From Zero To Hero

kalau rewind balik sebelum Safiq Rahim Transferred In ke JDT FC..

Oh sebelum aku terlupa.. ni cerita zaman-zaman sebelum dan selepas Aff 2010 jadi yang tak tahu..
so untunglah korang.. pasal aku tgh rajin tangan nak bercerita..

kepada siapa yang dah tahu.. mungkin korang pun ada side story sendiri.. mungkin korang pun akan pertahankan berberapa fakta.. yang entah korang tahu sahih ataupun tak..



Bile tengok Poster Safiq ni.. nanti macam bro Saf ni confident lebih pulak..
Tapi Realitinya tahun 2015 ni .. Tahun paling Superb untuk beliau & rakan2.. bila mana Jdt Fc berjaya bid dn bawak masuk athlete bola sepak.. haha..
Seperti Jr. Edstal, Kuna, farizal, Chan & young tigers products etc2...

Tapi di sebalik kejayaan sekarang terpalit kesah pahit aku sebagai football luver since 05,
Yes safiq product selangor, main dekat selangor bila contract out, die pun Joined k.l Plus FC,

Sebagai Unsung Wonderkid, die ni x de lah knowledgeable and not a tactician macam Piya, Sukor, Syukor, Badrol & lain2..

Die ni lebih kepada natural CMF. Entah macamana Datuk K. Rajagobal (Gobal) ketika itu scout talent nampak potential die. Dan mula menggilap beliau from Zero to who know?

Malaysia yang  langsung Corrupted hanya mengharapkan Gobal (Coach U23) untuk memenuhi k.p.i yang di tetapkan oleh fifa.

F.a.m Hari dulu x sama dgn hari ini. Harini mungkin ada Harimau Muda, tapi hari semalam hanyalah trial di atas padang yang basah ketika hujan lebat. Akhirnya Safiq berada di Youth List untuk National Team di bwah Coach Sathianathan yang ketika itu masih bingung kerana MSL langsung x berjaya menghasilkan bakat muda.

Mana x nya, format liga sentiasa berubah gara2 nak jaga bontot orang, kata mereka pasukan itu ada sejarah, tak mahu nilai sejarah dan komersial Msl tika itu hilang. di campak2 dana kerana mereka juga ketuanan pasukan itu. Sedih Johor jangan cakap lah.. dengan kes bookie nya, dgn selection yang meragukan dan tiada langsung kesah2 yg positif seolah2 pasukan johor ni x mmpunyai nilai.. dengan Fa dn fc tegang entah x tahu kenapa.. dan tiada kesudahan..

orang lama cakap itu lah politik mereka..


Aku muda dan tak paham, menyokong apa adanya, yang tu rtm keluarkan yang itu lah aku sokong. tapi bila sudah besar, sudah matang, kata orang2 tua, seperti jadi kenyataan.. yang di selatan di politikkan, dilaga2kan, yang di utara di jatuh2kan, di bodoh2kan., kepulauan borneo sperti sampah tak dipandang terbiar tak terjaga.. yang mencabar akan menjadi favorite.. tapi yang pertahankan, pasti dari pasukan2 yang konon gah kerana sejarah tapi pabila di beri peluang pergi jauh.. sorok tangan sorok muka.. seperti sengaja mengalahkan pasukan mereka.. untuk memenuhi kehendak seorang shaja.. bertahun2 lamanya.. seolah2 MSL hanyalah pentas yang berskrip.

Safiq dan berberapa rakan termasuk berberapa yang pernah menyarung jersi Skolah2 bukit jalil terselamat dari kuasa Illuminati F.a.m.. bagi graduan di sekolah lain (hampir semua di selamatkan kemudian oleh TSAM)
jalan paling pintas adalah pulang ke FA dan mengharapkan keajaiban terjadi.

Orang Lama cakap F.a.m Boria lebih..
Tapi sekarang orang lebih progressif dan agressif.. jadi mereka panggil bangsat..


kalau dulu bila cerita bola dgn jari tapi hari ni.. aku bangga semua bangkit.. dan buka mata..

nanti ada masa aku sambung cerita f.am
--------

Safiq kemudian transferred in ke selangor. dan menjalankan latihan intensif bersama gobal dan terus megah di arena Negara, tetapi lain pula ceritanya di liga.. safiq off-form.

Jika sukor adan boleh di babikan oleh penyokongnya inikan pula Safiq yang langsung x form, di kerah dengan permainan outdated dengan permainan longball basic 442.. siapa saja yang boleh berkembang dengan taktikal sebegitu rupa..?. sedangkan kita bercerita tentang taktikal barca, mu, dan lain2. lebih aneh longball datangnya dari CB trus kepada Striker membiar seorang promising wonderkid duk belari tercungap2 mengejar bola muntah..

X cukup dengan taktikal bullsit yang di beri.. pressured yang begitu mendalam.. bagi FA lamanya.. dgan meletakkan beliau freekick taker all the time.. dgn harapan bola mesti masuk dari semua angle.. 

kemudian, di tekan2 di peringkat antarabangsa.. jika Gobal boleh di hina gara2 cuba mempelbagai taktikal beliau.. ni pula safiq yang lebih suka berdiam diri. tak pandai nak bertwitter seperti rakannya razman. 1 sebab yang membuatkan kes ini seperti berlanjutan kerana Badri Razi permain versitile dari kelantan. tidak terpilih ke peringkat antarabangsa..

kempen seperti Anak Emas Gobal, Kroni Gobal, gelaran Chopot dan lain2.. membuatkan gobal terus down dan down gara termakan hinaan penyokong sendiri.. 

Lebih aneh, ketika sebelum aff 2010 penyokong lebih senyap.. dgn tibe2nya berani menyelar coach dan permain2nya.. dan bertambah ajaib media seperti menghalalkannya.. tetapi terus menutup kelemahan kepincangan barisan executive di meja mewah Fam..

Akhirnya Beliau angkat kaki, dan terus ke Johor Dt, Walaupun gaji beliau tiadalah semahal rakan2nya.. tetapi semangat beliau,, dan cara mengasah bakat beliau dgn betul yang di sediakan oleh pihak club barunya.. barulah di umur lewat 27 merasai kewibaan diri nya yang sebenar sebagai general di atas padang,bermain dengan menggunakan akal dari emosi.. 

Siapa yang patut di salahkan hari ini kepada wonderkid2 yang tersisih.. kalau bukan salah kita sendiri tidak memberi kemudahan yang cukup.. sesungguhnya keinginan kita mahu malaysia ke pentas asia..


-----
Hari ini Presiden Pbnj sudah mula merevolusinya.. hanya tunggu hasil yang mendatang.. jangan biarkan wonderkid akan datang hilang lagi.. jika mahu melihat Johor|Malaysia mara lebih ampuh.



Wednesday, 4 February 2015

#14 - Harris Harun | Central Midfielder

Siapa Harris Harun?


# 14 | Harris Harun | 2015

Geram aku tgk pop art dari mat2 england sana..
jadi buat satu.. saje nak tengok lawa ke x?

Full nameHariss s/o Harun
Date of birth19 November 1990 (age 24)[1]
Place of birthSingapore
Height1.78 m (5 ft 10 in)[1]
Playing positionCentral midfielderCentre back

Haris Start Kerjaya nya sebagai permain bola sepak ketika umurnya 16 tahun.(paling termuda) squad young lions. Kemudian dapat trial di La Masia di FC Barcelona bersama 19 org yang lain terpilih..

Kemudian (2010) Beliau di hantar trial ke squad Shanghai Shenghua (China Base).. dan kemudian ke squad lions xii (2011). 2013 Champion Msl, 2014 Transferred in Ke Johor DT Fc dan sekali lagi Champ Msl 2014, Dan kemudian Champ Charity Shield 2015.

Cukup.

2014

Beliau bersama Baihaiki di bawa masuk ke JDT atas cadangan para scouter JFA. Tapi apa yang diorang x tahu pada masa tu.. Format Liga MSL 2014 secara selambanya bertukar kepada 3 orang International Slot + Asia 1 slot. Dimana 3 Player Shj yang boleh di atas padang.( 2013 -2 shj)

Jadi Johor Dt Failed lah nk deliver.. dgn team yang baru re-setup, mmg kesilapan besar bila kuota import di isi dgnnya, 2 player Singapore..kesilapan itu di tanggung sehingga abis 1st round season, which is JDT berada di tangga ke 6.

Bagi yang tegar Johor Dt Shj yg perasan Harris Harun is key factor, Johor DT Champ 2014.
Mana x nya Beliau bermain 4 posisi secara circulation,mau x bingung bila import lain x form..
CMF-AMF-DMF-CB.. sebab apa ?.. sebab miscalculate risk.

Apa Yang Kit Johore Suka tentang Johor Dt. ialah:-
 "Bila Tayar bocor, diorang dh x tampal2 lagi dah.. die beli baru.. "

Jadi dengan moto itu lah Johor Dt terus maju ke depan, dah x pandang belakang lagi dah.

Thank you Harris, kerana membantu Johor Dt ke arah internasional.


Johor FC Alternate Kit 2012

Last Season


Masa JFA nak take-over Johor Fc, time sebenarnya kecoh..  tapi pasal Community Johor Fc Fans, x sampai berberapa ribu, so.. suara diorang kita semua tak dengar.

Dengan tiba2 Pasukan 2011 Johor FA, dalam sejarah boleh tumpang stadium MPPG kerana larkin stadium sedang di baik pulih .. Bagi fanatik JFC ,  telinga masing2dah naik bingit dengan khabar angin yang iya  x iya..

3 Mitos Johor FA

1. Johor Fa Management Pilih Bulu
2. Johor Fa Selection Sedara Mara
3. Johor Fa pentingkan diri sendiri..

Dengan 3 mitos nilah yang buat Fan Johor Fc berpecah dengan Johor Fa.. Masing2ada Beef sesama sendiri. Lebih menyuram Johor Fa sering di kaitkan dengan match fixing.

Prototype 2012 alternate Kit Johor fc

Tengku Mahkota Johor Dan Revolusinya

kronologi Jfc + Jfa = Darul Taazim fc , Secara Ringkas

1. Tunku Ismail Mengambil alih kerusi Sejuk Presiden Johor Fa
2. Johor Fa menghapuskan sistem kronilism
3. Johor Fa berjaya membenteras agen-agen Bookie
4. Hampir semua permain Johor Presiden dan Johor Senior di panggil semula.
(Di sebabkan sistem scouting JFA (ketika itu) sangat lemah, player-player local seperti Faizul Hussein, Yus Zainal Abidin  dan lain2(ketika itu sangat peek & terlepas dari pandangan Johor Fa)

5. JFA gagal  ke liga super gara2 menggunakan hampir semua inexperience local Johorean .
6. PBNJ mengeluarkan statement akan membeli, mengambil dan menguasai seluruh kelab2 di johor di jadi kan 2 kelab sahaja.. 
7. Seluruh kelab yang beraksi di liga Malaysia di arah untuk beraksi di Liga Bolasepak Johor Sahaja
8. Mentri Besar(Bos Jcorp|Bos Jfc) bersetuju dgan terma dan syarat Oleh JFA.
9. Disember 2012 JFA mengeluarkan kenyataan akhbar dengan secara rasminya mengambil alih Johor Fc dan Rebrand kepada Darul Takzim Fc (Johor).
10. Lain boleh cari dekat wiki

--- > Fandi Ahmad adalah seorang jurulatih yang berkebolehan dari segi Modern Coaching & Managing, seorang attacking minded dan pandai bercakap bahasa melayu. Lantas kepercayaan di letak tinggi.

--------------
Adakah strategi Johor Fa menjadi... ?
adakah fan bersatu ?
* bagi yang masih ada kecill hati  tu lagi.. aku harap korang terimalah kenyataan, JFA dah buat sehabis baik  untuk korang semua dan bolasepak Johor.. yes aku pun dulu skeptikal dgn perancangan JFA.. tpi cukuplah dah dapat piala pun..  so dah tiba masanya untuk aku bgi 100% sokongan kepada JFA |JDT FC. Inilah Team aku sekarang. Team Korang Jugak.